Wednesday, September 16, 2015

LANGKAWI 3H2M i

Girls Day Out!
LANGKAWI TRIP!!

Bulan lepas (OGOS 2015), aku dan travel partners dah plan that "we are going to LANGKAWI!". Tapi biasalah masing-masing ada hal, kerja dan tak dapat cuti, so some of us are out of bill. Makanya tinggalah kami berdua je yang masih stay kuat semangat nak bercuti jugak jugak! Aku dan Jawhariah a.k.a Jojo gagahkan diri juga untuk pergi bercuti sebab hell ya, plan ni dah beabad lama dah! Kami tak nak terkubur macam tu je plan kami ni. 

Masa mula-mula plan nak pergi ni, aku ada survey pakej bercuti yang menarik which is going to Langkawi 3D2N RM100 per person. Dalam pakej ni, sebenarnya perlukan 4orang. Tapi masalah kami adalah kami tinggal berdua je yang nak pergi ni, maka tak dapatlah kami pergi bercuti guna pakej ni. so sad girls!




Tarikh Keramat: 14 Ogos 2015
Cara bergerak  : Bus dari Ipoh Terminal Amanjaya - Kuala Perlis 
                        : Feri dari Kuala Perlis - Langkawi
Jam bergerak   : Tiket bas 2.30 Pagi tapi bas lambat, 4.30Pagi baru bergerak


Jojo bergerak dari JB sampai di Ipoh pukul 7.00 malam, aku ambik dia dan terus pergi makan. Balik ke rumah, mandi-rehat-rehat-siap-siap dan keluar semula pukul 11.30 malam. Sengaja keluar awal, sebab nak bawa jojo pergi ke Gerbang Malam. Dia teringin nak merasa angin malam di Ipoh. haha! Lepas penat pusing-pusing gerbang, pergi KTM tenguk kemeriahan manusia-manusia disana. haha! Next, terus aku minta "Kumbang" drop kami di Terminal Amanjaya. ;)

Tunggulah kami bas, sangkakan bas tak la lewat sangat nak sampai. Tiket pukul 2.30 pagi. tapi perghh sampai pukul 4.30 pagi baru sampai basnya! Bila bas sampai lewat, makanya lambatlah nak tiba di Kuala Perlis, then berganjaklah masa kami untuk buat apa sebaik je sampai Langkawi sana. hmmp! Lepas tu boleh pulak bas lajak pergi ke stesen Bas Bukit Lagi. Kami nak p jeti Kuala Perlis! terpaksalah kami naik bas tambang ke Kami dah plan baik punya, bas pulak sampai lewat. Tapi tak pelah, cuba juga untuk postitif "sebaik-baik rancangan, baik lagi yang ditentukaNya". 
Masa tiba! Lambat :(

Masa yang sepatutnya bertolak 
Tiket bas tambang BUKIT LAGI-JETI KUALA PERLIS

Gadis-gadis gamble dalam bas tambang

Dipendekkan cerita, sebaik je sampai jeti KUALA PERLIS, kami belilah tiket feri dan naik dengan amannya sambil melepaskan lelah berkaitan dengan bas lambat dan segala macam. Nasib dalam feri tu kami dilayan dengan baik, dibenarkan duduk di tempat VIP akibat dari kesesakan ramai orang. Kami dibenarkan untuk keluar dan melihat permandangan menarik diluar feri dibahagian hadapan feri. menarik kan!!

Hadapan feri

Menikmati permandangan hanya berdua
Tenang setenangnya. Tanpa jemu aku ucapkan "Subhanallah".
sampai je jeti Langkawi...


HARI 1

Terus booked untuk aktiviti SKYTREX! Kami booked ni untuk aktiviti pada hari ke3 (hari terakhir percutian) Ada macam-macam pakej dan trex antaranya "Little Iegand Advanture",  "Eagle Thrill", " Island Extream"Kami ambik trex "Eagle Thrill" whisch is an intermediate level yang melibatkan 30 challenges. Boleh direct terus ke SKYTREX LANGKAWI untuk tenguk pakej dan harga yang ditawarkan. 

*pasal skytrex ni nanti la update untuk HARI 3 *


comel je budak-budak ni, tengah siap sedia untuk panjat memanjat.
sesi bincang membincang harga tiket.






NEXT, tanpa buang masa terus kami pergi "SKYCAB"/ "CABLECAR" di Gunung Mat Cincang


Harga tiket bersama bukti MyCard untuk dewasa adalah RM26 termasuk pakage ke SKYDOME. Apa ada dalam skydome ni? Dalam ni, kita boleh menonton animasi pada sudut 360 darjah. Ada kerusi dan ada layar gergasi. Animasinya adalah perjalanan menaiki roller coaster. boleh tahanlah, tapi bagi aku tak berapa layan sangat. hoho


Naik cable car! Elok sampai di stage tu, ada Sky Bridge. Binaan baru pada tahun ini (2015). Skybridge ni harganya RM5 sahaja. Bolehlah tenguk dan amati keindahan alam dengan lebih lama. Boleh tangkap gambar/video kat sana selama mana yang kita nak. No limit! Memang puas hati!


Masa menunggu turn untuk masuk SkyDome


Gambar kenangan didalam Cable Car



track yang perlu kita lalui untuk sampai ke SkyBridge
so, here! Langkawi, kami dah sampai atas!

Tenguk tu, lantai SkyBridge tu berkaca, boleh nampak terus kat bawah tu. Bayangkanlah kalau jatuh! T.T

Baring terus! hahaha

Gadis-gadis melompat ke angkasa. Bukti kami berjaya bercuti berdua di Langkawi! kihkih Alhamdulillah flow untuk first day sangat baik. Tak sabar rasanya untuk tunggu hari esok.

untuk maklumat yang lebih, tekan link bawah
CABLE CAR LANGKAWI

Cable Car Station, Oriental Village,
Burau Bay,
07000 Langkawi,
Kedah, MALAYSIA

T:[6]04-959 4225/1225
F:[6]04-959 1121/4121


Email: info@panoramalangkawi.com

Operation Hours :
Mon-Thur 10am-7pm
Wed Only 12pm-7pm
Fri-Sun 9.30am-7pm (extended Hours) incl. PH

ok! Next, disebabkan hari pun dah lewat, kami nak kan aktiviti santai. Kami tak nak lepaskan peluang untuk menjamu mata dan merelexkan minda. Air Terjun Temurun! Haaaaa ! Mengikut kata orang Langkawi, air terjun ni jarang dikunjungi pelancong kerana lokasinya yang agak dalam dan jarang dilalui kenderaan. Selalunya teksi pun ambil harga yang cukup tinggi "cekik darah". Tapi bagi yang sewa kereta, bolehla pergi. Tapi dinasihatkan untuk pergi waktu cerah da belanja la ikit eh? hih
Tenguk tangga-tangga air terjun ni. Subhanallah!

Berkelah di Air Terjun Temurun.

TomYam, Tauhu Telur dan Cendawan goreng menu malam itu! Perrghh